Wednesday, November 3, 2010

Ulser Mulut Menyakitkan



Rasa sakit di bahagian mulut kerana terdapat satu tompokan putih. Tompok-tompok ini dinamakan ulser mulut. Ulser mulut terjadi apabbila terdapat sejenis kudis di tempat-tempat yang lembut di dalam mulut kita seperti gusi, lidah dan bahagian dalam pipi. Buat pengetahuan semua, penyakit ulser mulut disebabkan oleh jangkita bakteria, virus ataupun kulat.

Punca Penyakit:
1) Sering mengambil makanan yang kurang berzat.
2) Alahan pada makanan terutama pedas dan panas.
3)Berlaku kecederaan pada lapisan nipis dalam mulut seperti terkena air panas, terkena benda tajam dan tergigit.
4) Kurang berehat dan tidur.
5) Kurang menjaga kebersihan mulut.
6) Daya tahan yang lemah akibat pengambilan ubat seperti ubat batuk atau selsema menyebabkan mulut mudah kering.
7) Penyakit-penyakit seperti SLE dan penyakit berkaitan dengan sistem penghadaman.

Tanda-tanda Ulser Mulut:
1) Terdapat tanda bulat yang berwarna putih atau kuning dan dikelilingi oleh kawasan yang merah.
2) Keluasan bentuk bulatnya tidak melebihi dua atau tiga milileter.
3) Anda akan terasa sakit dalam mulut apabila memakan makanan yang pedas dan panas.

Cara-cara Mengelak Ulser Mulut:
1) Perlu banyak meminum air suam.
2) Menjaga kebersihan dalam mulut dan gigi.
3) Amalkan waktu rehat dan tidur yang cukup.
4) Makanlah makanan yang berkhasiat.
5) Jauhi makanan yang terlalu banyak lemak.
6) Perlulah mengambil vitamin B12 dan C yang cukup.
7) Gunakan antiseptik untuk berkumur.
8) Pengambilan probiotik seperti acidophilus (terdapat dalam bentuk kapsul, atau yogurt) mungkin boleh membantu.

Rawatan
Jika anda mendapati sudah terkena ulser mulut, anda perlu melakukan perkara-perkara seperti berikut:

  1. Mungkin ibu akan meletakkan garam di tempat tersebut, tetapi sebenarnya kaedah ini akan menimbulkan rasa pedih di tempat tersebut. Sebaik-baiknya letakkan sedikit ais untuk meredakan sakit.
  2. Anda boleh berkumur dengan air suam yang dicampurkan garam. Selain itu, boleh berkumur dengan ubat kumur antibakteria.
  3. Meletakkan gel atau krim yang khusus untuk meredakan ulser. Gel tersebut boleh dibeli di farmasi.
  4. Jika ulser yang dialami agak besar (melebihi dua milileter), berdarah dan tidak sembuh dalam masa tiga minggu, anda perlu mendapatkan rawatan doktor.

1 comment:

You might also like:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...