MITOS BERKENAAN RAMBUT
- Memotong rambut secara teratur akan mempercepatkan pertumbuhan rambut. Tetapi faktanya rambut tumbuh setengah inci setiap bulan sama ada dipotong atau tidak. Rambut memang tumbuh lebih cepat pasa musim panas.
- Stres menyebabkan keguguran rambut. Tetapi faktanya rambut gugur sepanjang masa antara 50 sehingga 120 helai sehari. Mungkin rambut gugur lebih banyak semasa mengalami tekanan berat seperti perceraian dan kehilangan pekerjaan.
- Apabila mencabut uban, tempat yang sama itu akan tumbuh 3 atau 4 rambut lain. Fakta sebenarnya, mencabut uban adalah perbuatan buruk. Akar rambut akan rosak dan menyebabkan luka pada bekas cabutan.
- Anda tidak dapat menjadikan rambut lurus secara keseluruhan. Fakta sebenarnya, penggunaan 5 minit dengan menggunakan pelurus rambut sudah cukup menjadikan rambut lurus berkilau.
- Bagi mendapatkan rambut yang bersih, anda harus melakukan langkah ramas, bilas dan ulangi sekali lagi. Fakta yang sebenarnya, cukup diramas dan bilas, tanpa perlu diulangi kembali.
- Mencucui rambut dengan air sejuk setelah bersyampu dapat menjadikan rambut lebih bersinar. Fakta yang sebenarnya, air sejuk menjadikan anda segar tetapi tidak terkesan pada kilauan rambut.
- Mewarnakan rambut akan menyebabkan kerosakan. Fakta yang sebenarnya produk pewarnaan cukup lembut dan tidak akan merosakkan rambut. Tetapi sekiranya pertama kali mahu melakukannya, anda perlu dapatkan nasihat daripada pakar.
- Rambut bercadang dapat diatasi dengan produk yang tepat. Fakta yang sebenarnya, sekali bercadang, akan tetap seperti itu. Kecuali anda memotong rambut anda.
No comments:
Post a Comment