Sunday, November 14, 2010

SEJARAH KELAHIRAN TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA


Semasa meletus Perang Dunia Kedua, Kerajaan British telah mengambil keputusan memperkukuhkan pasukan tentera lautnya untuk menjaga keselamatan Singapura dan Malaya dengan anggota-anggota terdiri daripada anak-anak watan negari ini. Berikutan dengan itu, pejabat Tentera Laut British (TLDB) telah memperbesarkan bahagian Melayu dalam TLDB. Pegawai-pegawai telah dipinjamkan dari TLDB dan rekrut-rekrut semuanya, dilatih sebagai kelasi-kelasi dan juru-juru perhubungan untuk berkhidmat dalam kapal-kapal penyapu periuk api dan lain-lain kapal ronda. Pusat latihan mereka ketika itu adalah sebuah kem pondok dikenali sebagai HMS PELANDOK di Pangkalan Tentera Laut di Singapura. Bahagian ini telah berkembang dengan pesat meningkat 400 anggota dalam tahun 1939, 800 anggota dalam tahun 1940, dan 1,470 aggota dalam tahun 1941. Beberapa orang anggota yang berjuang di Ceylon, Afrika Timur, dan India dan telah pulang ke Malaya bersama-sama pasukan pembebasan dalam bulan September 1945. Pada tahun 1946, seramai 650 anggota telah melaporkan diri untuk kembali bertugas. Tetapi oleh sebab langkah berjimat Kerajaan Buruh British selepas perang, Bahagian Tentera Laut Malayaini telah dibubarkan pada April 1947.

                Pada tahun 1947 hingga 1952 pasukan ini dikenali dengan nama ‘Malayan Navy Force’. Majlis-majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura (tanah jajahan British) telah  bergerak menuju ke arah kerajaan sendiri yang sepenuhnya menyedari kepentingan keperluan-keperluan bagi mempunyai pasukan pertahanan sendiri. Akhirnya Majlis Perundangan Singapura telah bersetuju mewujudkan satu pasukan tentera laut tempatan sebagai sumbangan terhadap pertahanan Semenanjung Tanah Melayu. Dalam tahun 1948, semasa meletus keganasan penjahat-penjahat komunis dan perisytiharan darurat, pasukan ini mula diperbesarkan. Sebuah kapal pendarat dan lima buah motor pertahanan laut telah dipindah milik kepada Tentera Laut secara pinjaman percuma dari Tentera Laut British.

                23hb Mei 1952 , taraf Diraja telah dianugerahkan oleh Raja British kepada pasukan tersebut dan kemudian dikenali sebagai “Royal Malayan Navy”. Pada 1hb Julai 1958, satu persetujuan telah dicapai bagi memindahkan pentadbiran Tentera Laut ini kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, dan pada 13hb Julai 1958 ia telah dipindahkan secara rasminya kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan dikenali dengan nama “Tentera Laut Diraja Malaya”.

                Aapabila tertubuhnya Malaysia pada 16hb September 1963, Tentera laut Diraja Malaya telah mengambil nama yang ada sekarang iaitu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Ancaman-ancaman dari pengganas komunis dan konfrontasi telah mempercepatkan uasah-usaha pembesaran TLDM.

                Berasal dari sebuah kapal penyapu peiriuk api menggunakan arang batu bernama HMS PENYU dalam tahun 1954, TLDM kini telah dilengkapi dengan kapal-kapal berenjin turbin gas yang laju, bersenjatakan peluru-peluru berpandu untuk peperangan dari permukaan ke permukaan, dari permukaan ke udara dan meriam-meriam jarak jauh. Kemasukan TLDM ke zaman peluru berpandu adalah satu langkah yang bersejarah dalam kemajuan TLDM yakni telah menjadi tradisi mempergunakan kemajuan perkembangan sanin dan teknologi.

No comments:

Post a Comment

You might also like:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...