Friday, April 8, 2011

Assalamualaikum...w...w...

wah....lama dah tak update blog....huhu maklumlah busy dengan kerja...
Ni tetiba rasa nak buka blog....sekali tgk lamanya dah x update...
insyALLAH lepas ni boleh la kot update sikit2...hehe....

=)

Friday, December 17, 2010

Ciri-ciri Kejayaan Dalam Pembelajaran


Dalam proses pembelajaran kita perlu mengekalkan.....
  • 10%  Apa yang kita BACA
  • 20% Apa yang kita DENGAR
  • 30% Apa yang kita LIHAT
  • 50% Apa yang kita DENGAR & LIHAT
  • 70% Apa yang kita BINCANG dengan orang lain
  • 80% Apa yang kita ALAMI SENDIRI
  • 95% Apa yang kita AJAR kepada orang lain

20 Muhasabah Harian


Adakah Anda......
  1. Beristighfar/bertasbih setiap hari.
  2. Berzikir mengingati Allah SWT.
  3. Solat 5 waktu.
  4. Berpuasa sunat.
  5. Mengerjakan solat-solat sunat.
  6. Berselawat kepada Rasulullah SAW.
  7. Bersyukur di atas nikmat Allah SWT.
  8. Bertawakkal/berserah kepada Allah SWT dalam setiap urusan.
  9. Memaafkan kesalahan orang lain.
  10. Menghubungkan silaturrahim.
  11. Memberi nasihat yang baik kepada manusia.
  12. Mendengar peringatan tentang agama yang baik untuk diri.
  13. Menziarahi orang sakit/miskin.
  14. Menziarahi kubur untuk mengambil iktibar.
  15. Bersedekah/menafkah harta pada jalan yang benar.
  16. Mencegah kemungkaran bila melihatnya.
  17. Sentiasa berfikir dan bertindak ke arah kebaikan.
  18. Sentiasa mengingati maut yang pasti menemuinya.
  19. Menyebarkan salam dan menebarkan kasih sayang kepada semua manusia.
  20. Seorang yang sabar dan redha dengan ketetapan Allah SWT.
...sentiasa muhasabah diri dan memperbaiki diri....

Monday, November 15, 2010

Rahsiah Coklat



Anda suka makan coklat? Buat pengetahuan semua, perkataan coklat di dalam bahasa Inggeris dieja chocolate. Chocolate berasal daripada bahasa Indian Mexico yang merupakan gabungan daripada perkataan choco (busa) dan atl (air); atau dari bahasa Maya xocoatl; atau cacahuatl dari bangsa Aztec yang bermaksud cairan hangat atau pahit.
              Sampai tahun 1492, masyarakat moden di Asia, Eropah dan Afrika tidak mengetahui sedikit pun tentang coklat. Ketika Christopher Columbus menemui Amerika, dia membawa pulang beberapa biji tumbuh-tumbuhan berwarna gelap yang kemudian dikenali sebagai biji coklat. Sehingga tahun 1519 ketika Hernando Cortez, seorang penjelajah dari Sepanyol, menemui fakta yang menunjukkan bangsa Indian Aztec dari Amerika menggunakan biji coklat untuk membuat minuman yang sangat lazat.
              Bangsa Sepanyol menyimpan rahsia tentang penemuan coklat selama hampir 100 tahun. Christopher Ludwig Hoffmann menggunakan coklat untuk menyembuhkan beberapa penyakit. Coklat telah dijadikan minuman golongan lelaki selama beberapa abad. Minuman ini akhirnya semakin terkenal sebagai minuman untuk kanak-kanak pada abad ke-17, tentu saja dengan ditambah berbagai perasa, susu dan gula.
              CJ Van Houten pada tahun 1828, dipercayai telah menjadikan coklat sebagai makanan yang telah dimakan oleh semua lapisan masyarakat.

Sunday, November 14, 2010

KUMBANG KURA-KURA @ LADYBIRD KAWALAN BIOLOGI


 Kumbang kura-kura merupakan sejenis haiwan kecil. Haiwan ini berwarna cerah bertompok gelap serta berlatar belakang jingga, kuning atau merah. Setiap kumbang kura-kura mempunyai corak dan bilangan tompok yang berbeza. Haiwan ini kurang menjadi makanan kepada haiwan lain kerana tidak lazat.
           Kumbang kura-kura menjadi pilihan kepada manusia kerana kegemarannya makan haiwan perosak seperti lalat hijau, lalat hitam dan serangga teririp. Sesetengah Negara, haiwan ini digunakan sebagai kawalan biologi iaitu berupaya menghapuskan haiwan perosak secara semual jadi, bukannya melalui bahan kimia. Oleh sebab itu, kumbang kura-kura merupakan serangga kawalan biologi paling berkesan.

SUARA IKAN PAUS BIRU




Pernah dengar mengenai ikan paus biru? Ikan paus biru atau nama saintifiknya Balaenoptera musculus, digelar sebagai haiwan terbesar di bumi. Untuk pengetahuan semua, suara ikan paus biru ini mempunyai suara yang keras. Suara ikan paus biru lebih keras berbanding bunyi enjin motosikal jenama Harley Davidson. Anda semua jangan terkejut jika suara ikan paus biru ini lebih keras jika dibandingkan dengan bunyi ledakan bom! Suara ikan paus tersebut adalah 188 desibel. Angka ini bersamaan dengan satu juta kali suara mesin jet (yang mencapai tingkat kekerasan suara 120-130 desibel). Perlu diingat bahawa tingkat kekerasan suara bertambah secara logaritma. Ini bererti setiap kenaikan sepuluh decibel bererti peningkatan intensiti suara hingga sepuluh kali.

SEJARAH KELAHIRAN TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA


Semasa meletus Perang Dunia Kedua, Kerajaan British telah mengambil keputusan memperkukuhkan pasukan tentera lautnya untuk menjaga keselamatan Singapura dan Malaya dengan anggota-anggota terdiri daripada anak-anak watan negari ini. Berikutan dengan itu, pejabat Tentera Laut British (TLDB) telah memperbesarkan bahagian Melayu dalam TLDB. Pegawai-pegawai telah dipinjamkan dari TLDB dan rekrut-rekrut semuanya, dilatih sebagai kelasi-kelasi dan juru-juru perhubungan untuk berkhidmat dalam kapal-kapal penyapu periuk api dan lain-lain kapal ronda. Pusat latihan mereka ketika itu adalah sebuah kem pondok dikenali sebagai HMS PELANDOK di Pangkalan Tentera Laut di Singapura. Bahagian ini telah berkembang dengan pesat meningkat 400 anggota dalam tahun 1939, 800 anggota dalam tahun 1940, dan 1,470 aggota dalam tahun 1941. Beberapa orang anggota yang berjuang di Ceylon, Afrika Timur, dan India dan telah pulang ke Malaya bersama-sama pasukan pembebasan dalam bulan September 1945. Pada tahun 1946, seramai 650 anggota telah melaporkan diri untuk kembali bertugas. Tetapi oleh sebab langkah berjimat Kerajaan Buruh British selepas perang, Bahagian Tentera Laut Malayaini telah dibubarkan pada April 1947.

                Pada tahun 1947 hingga 1952 pasukan ini dikenali dengan nama ‘Malayan Navy Force’. Majlis-majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura (tanah jajahan British) telah  bergerak menuju ke arah kerajaan sendiri yang sepenuhnya menyedari kepentingan keperluan-keperluan bagi mempunyai pasukan pertahanan sendiri. Akhirnya Majlis Perundangan Singapura telah bersetuju mewujudkan satu pasukan tentera laut tempatan sebagai sumbangan terhadap pertahanan Semenanjung Tanah Melayu. Dalam tahun 1948, semasa meletus keganasan penjahat-penjahat komunis dan perisytiharan darurat, pasukan ini mula diperbesarkan. Sebuah kapal pendarat dan lima buah motor pertahanan laut telah dipindah milik kepada Tentera Laut secara pinjaman percuma dari Tentera Laut British.

                23hb Mei 1952 , taraf Diraja telah dianugerahkan oleh Raja British kepada pasukan tersebut dan kemudian dikenali sebagai “Royal Malayan Navy”. Pada 1hb Julai 1958, satu persetujuan telah dicapai bagi memindahkan pentadbiran Tentera Laut ini kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, dan pada 13hb Julai 1958 ia telah dipindahkan secara rasminya kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan dikenali dengan nama “Tentera Laut Diraja Malaya”.

                Aapabila tertubuhnya Malaysia pada 16hb September 1963, Tentera laut Diraja Malaya telah mengambil nama yang ada sekarang iaitu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Ancaman-ancaman dari pengganas komunis dan konfrontasi telah mempercepatkan uasah-usaha pembesaran TLDM.

                Berasal dari sebuah kapal penyapu peiriuk api menggunakan arang batu bernama HMS PENYU dalam tahun 1954, TLDM kini telah dilengkapi dengan kapal-kapal berenjin turbin gas yang laju, bersenjatakan peluru-peluru berpandu untuk peperangan dari permukaan ke permukaan, dari permukaan ke udara dan meriam-meriam jarak jauh. Kemasukan TLDM ke zaman peluru berpandu adalah satu langkah yang bersejarah dalam kemajuan TLDM yakni telah menjadi tradisi mempergunakan kemajuan perkembangan sanin dan teknologi.

Wednesday, November 3, 2010

Resepi Laksa Noor Ashikin Mat Shoib


BAHAN2:
  • 1 kilo ikan kembung / ikan basung
  • 2 biji bwg besar
  • belacan
  • lada kering / cili api
  • 6 keping asam keping
  • bunga kantan + daun kesum
  • telur
  • garam..
  • mee laksa segera (senang)
  • timun
  • limau
CARA MEMBUATNYA..
  1. Rebus ikan ngan garam n asam keping...
  2. Asingkan tulang ngan isi ikan...tumbuk isi ikan ngan tulang dia secara berasingan… (nak blender pon bleh..tulang la..isi bagus tumbuk).
  3. Kisar bwg besar, belacan, n lada kering atau cili api ( kalo mamaku nda suka cili kering nnt merah kuahnya..kalo cmpur pon bleh)
  4. Dalam suatu periuk lain...masukkan air rebusan ikan td...masukkan bahan2 yg dikisar...masukkan isi ikan..untuk tmbah kuah... masukkan air ke dalam kisaran tulang...pastu tapis untuk dapatkan manis tulang tu...
  5. Masukkan bunga kantan n daun kesum...masak hingga mendidih...
  6. Kukus atau rebus mee laksa..
  7. Hidang dengan telur rebus,timun,limau..dan lain2 ulam la..heheh

P/S: selamat mencuba..heheh..kalo ada kemusykilan tnya ek...hehh 

InsyALLAH...aku pasti nak cuba resepimu hehehe...aku suka makan laksa tapi tak reti nak buat sendiri huahuahua...

You might also like:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget