Monday, November 15, 2010

Rahsiah Coklat



Anda suka makan coklat? Buat pengetahuan semua, perkataan coklat di dalam bahasa Inggeris dieja chocolate. Chocolate berasal daripada bahasa Indian Mexico yang merupakan gabungan daripada perkataan choco (busa) dan atl (air); atau dari bahasa Maya xocoatl; atau cacahuatl dari bangsa Aztec yang bermaksud cairan hangat atau pahit.
              Sampai tahun 1492, masyarakat moden di Asia, Eropah dan Afrika tidak mengetahui sedikit pun tentang coklat. Ketika Christopher Columbus menemui Amerika, dia membawa pulang beberapa biji tumbuh-tumbuhan berwarna gelap yang kemudian dikenali sebagai biji coklat. Sehingga tahun 1519 ketika Hernando Cortez, seorang penjelajah dari Sepanyol, menemui fakta yang menunjukkan bangsa Indian Aztec dari Amerika menggunakan biji coklat untuk membuat minuman yang sangat lazat.
              Bangsa Sepanyol menyimpan rahsia tentang penemuan coklat selama hampir 100 tahun. Christopher Ludwig Hoffmann menggunakan coklat untuk menyembuhkan beberapa penyakit. Coklat telah dijadikan minuman golongan lelaki selama beberapa abad. Minuman ini akhirnya semakin terkenal sebagai minuman untuk kanak-kanak pada abad ke-17, tentu saja dengan ditambah berbagai perasa, susu dan gula.
              CJ Van Houten pada tahun 1828, dipercayai telah menjadikan coklat sebagai makanan yang telah dimakan oleh semua lapisan masyarakat.

Sunday, November 14, 2010

KUMBANG KURA-KURA @ LADYBIRD KAWALAN BIOLOGI


 Kumbang kura-kura merupakan sejenis haiwan kecil. Haiwan ini berwarna cerah bertompok gelap serta berlatar belakang jingga, kuning atau merah. Setiap kumbang kura-kura mempunyai corak dan bilangan tompok yang berbeza. Haiwan ini kurang menjadi makanan kepada haiwan lain kerana tidak lazat.
           Kumbang kura-kura menjadi pilihan kepada manusia kerana kegemarannya makan haiwan perosak seperti lalat hijau, lalat hitam dan serangga teririp. Sesetengah Negara, haiwan ini digunakan sebagai kawalan biologi iaitu berupaya menghapuskan haiwan perosak secara semual jadi, bukannya melalui bahan kimia. Oleh sebab itu, kumbang kura-kura merupakan serangga kawalan biologi paling berkesan.

SUARA IKAN PAUS BIRU




Pernah dengar mengenai ikan paus biru? Ikan paus biru atau nama saintifiknya Balaenoptera musculus, digelar sebagai haiwan terbesar di bumi. Untuk pengetahuan semua, suara ikan paus biru ini mempunyai suara yang keras. Suara ikan paus biru lebih keras berbanding bunyi enjin motosikal jenama Harley Davidson. Anda semua jangan terkejut jika suara ikan paus biru ini lebih keras jika dibandingkan dengan bunyi ledakan bom! Suara ikan paus tersebut adalah 188 desibel. Angka ini bersamaan dengan satu juta kali suara mesin jet (yang mencapai tingkat kekerasan suara 120-130 desibel). Perlu diingat bahawa tingkat kekerasan suara bertambah secara logaritma. Ini bererti setiap kenaikan sepuluh decibel bererti peningkatan intensiti suara hingga sepuluh kali.

SEJARAH KELAHIRAN TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA


Semasa meletus Perang Dunia Kedua, Kerajaan British telah mengambil keputusan memperkukuhkan pasukan tentera lautnya untuk menjaga keselamatan Singapura dan Malaya dengan anggota-anggota terdiri daripada anak-anak watan negari ini. Berikutan dengan itu, pejabat Tentera Laut British (TLDB) telah memperbesarkan bahagian Melayu dalam TLDB. Pegawai-pegawai telah dipinjamkan dari TLDB dan rekrut-rekrut semuanya, dilatih sebagai kelasi-kelasi dan juru-juru perhubungan untuk berkhidmat dalam kapal-kapal penyapu periuk api dan lain-lain kapal ronda. Pusat latihan mereka ketika itu adalah sebuah kem pondok dikenali sebagai HMS PELANDOK di Pangkalan Tentera Laut di Singapura. Bahagian ini telah berkembang dengan pesat meningkat 400 anggota dalam tahun 1939, 800 anggota dalam tahun 1940, dan 1,470 aggota dalam tahun 1941. Beberapa orang anggota yang berjuang di Ceylon, Afrika Timur, dan India dan telah pulang ke Malaya bersama-sama pasukan pembebasan dalam bulan September 1945. Pada tahun 1946, seramai 650 anggota telah melaporkan diri untuk kembali bertugas. Tetapi oleh sebab langkah berjimat Kerajaan Buruh British selepas perang, Bahagian Tentera Laut Malayaini telah dibubarkan pada April 1947.

                Pada tahun 1947 hingga 1952 pasukan ini dikenali dengan nama ‘Malayan Navy Force’. Majlis-majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura (tanah jajahan British) telah  bergerak menuju ke arah kerajaan sendiri yang sepenuhnya menyedari kepentingan keperluan-keperluan bagi mempunyai pasukan pertahanan sendiri. Akhirnya Majlis Perundangan Singapura telah bersetuju mewujudkan satu pasukan tentera laut tempatan sebagai sumbangan terhadap pertahanan Semenanjung Tanah Melayu. Dalam tahun 1948, semasa meletus keganasan penjahat-penjahat komunis dan perisytiharan darurat, pasukan ini mula diperbesarkan. Sebuah kapal pendarat dan lima buah motor pertahanan laut telah dipindah milik kepada Tentera Laut secara pinjaman percuma dari Tentera Laut British.

                23hb Mei 1952 , taraf Diraja telah dianugerahkan oleh Raja British kepada pasukan tersebut dan kemudian dikenali sebagai “Royal Malayan Navy”. Pada 1hb Julai 1958, satu persetujuan telah dicapai bagi memindahkan pentadbiran Tentera Laut ini kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, dan pada 13hb Julai 1958 ia telah dipindahkan secara rasminya kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan dikenali dengan nama “Tentera Laut Diraja Malaya”.

                Aapabila tertubuhnya Malaysia pada 16hb September 1963, Tentera laut Diraja Malaya telah mengambil nama yang ada sekarang iaitu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Ancaman-ancaman dari pengganas komunis dan konfrontasi telah mempercepatkan uasah-usaha pembesaran TLDM.

                Berasal dari sebuah kapal penyapu peiriuk api menggunakan arang batu bernama HMS PENYU dalam tahun 1954, TLDM kini telah dilengkapi dengan kapal-kapal berenjin turbin gas yang laju, bersenjatakan peluru-peluru berpandu untuk peperangan dari permukaan ke permukaan, dari permukaan ke udara dan meriam-meriam jarak jauh. Kemasukan TLDM ke zaman peluru berpandu adalah satu langkah yang bersejarah dalam kemajuan TLDM yakni telah menjadi tradisi mempergunakan kemajuan perkembangan sanin dan teknologi.

Wednesday, November 3, 2010

Resepi Laksa Noor Ashikin Mat Shoib


BAHAN2:
  • 1 kilo ikan kembung / ikan basung
  • 2 biji bwg besar
  • belacan
  • lada kering / cili api
  • 6 keping asam keping
  • bunga kantan + daun kesum
  • telur
  • garam..
  • mee laksa segera (senang)
  • timun
  • limau
CARA MEMBUATNYA..
  1. Rebus ikan ngan garam n asam keping...
  2. Asingkan tulang ngan isi ikan...tumbuk isi ikan ngan tulang dia secara berasingan… (nak blender pon bleh..tulang la..isi bagus tumbuk).
  3. Kisar bwg besar, belacan, n lada kering atau cili api ( kalo mamaku nda suka cili kering nnt merah kuahnya..kalo cmpur pon bleh)
  4. Dalam suatu periuk lain...masukkan air rebusan ikan td...masukkan bahan2 yg dikisar...masukkan isi ikan..untuk tmbah kuah... masukkan air ke dalam kisaran tulang...pastu tapis untuk dapatkan manis tulang tu...
  5. Masukkan bunga kantan n daun kesum...masak hingga mendidih...
  6. Kukus atau rebus mee laksa..
  7. Hidang dengan telur rebus,timun,limau..dan lain2 ulam la..heheh

P/S: selamat mencuba..heheh..kalo ada kemusykilan tnya ek...hehh 

InsyALLAH...aku pasti nak cuba resepimu hehehe...aku suka makan laksa tapi tak reti nak buat sendiri huahuahua...

Ulser Mulut Menyakitkan



Rasa sakit di bahagian mulut kerana terdapat satu tompokan putih. Tompok-tompok ini dinamakan ulser mulut. Ulser mulut terjadi apabbila terdapat sejenis kudis di tempat-tempat yang lembut di dalam mulut kita seperti gusi, lidah dan bahagian dalam pipi. Buat pengetahuan semua, penyakit ulser mulut disebabkan oleh jangkita bakteria, virus ataupun kulat.

Punca Penyakit:
1) Sering mengambil makanan yang kurang berzat.
2) Alahan pada makanan terutama pedas dan panas.
3)Berlaku kecederaan pada lapisan nipis dalam mulut seperti terkena air panas, terkena benda tajam dan tergigit.
4) Kurang berehat dan tidur.
5) Kurang menjaga kebersihan mulut.
6) Daya tahan yang lemah akibat pengambilan ubat seperti ubat batuk atau selsema menyebabkan mulut mudah kering.
7) Penyakit-penyakit seperti SLE dan penyakit berkaitan dengan sistem penghadaman.

Tanda-tanda Ulser Mulut:
1) Terdapat tanda bulat yang berwarna putih atau kuning dan dikelilingi oleh kawasan yang merah.
2) Keluasan bentuk bulatnya tidak melebihi dua atau tiga milileter.
3) Anda akan terasa sakit dalam mulut apabila memakan makanan yang pedas dan panas.

Cara-cara Mengelak Ulser Mulut:
1) Perlu banyak meminum air suam.
2) Menjaga kebersihan dalam mulut dan gigi.
3) Amalkan waktu rehat dan tidur yang cukup.
4) Makanlah makanan yang berkhasiat.
5) Jauhi makanan yang terlalu banyak lemak.
6) Perlulah mengambil vitamin B12 dan C yang cukup.
7) Gunakan antiseptik untuk berkumur.
8) Pengambilan probiotik seperti acidophilus (terdapat dalam bentuk kapsul, atau yogurt) mungkin boleh membantu.

Rawatan
Jika anda mendapati sudah terkena ulser mulut, anda perlu melakukan perkara-perkara seperti berikut:

  1. Mungkin ibu akan meletakkan garam di tempat tersebut, tetapi sebenarnya kaedah ini akan menimbulkan rasa pedih di tempat tersebut. Sebaik-baiknya letakkan sedikit ais untuk meredakan sakit.
  2. Anda boleh berkumur dengan air suam yang dicampurkan garam. Selain itu, boleh berkumur dengan ubat kumur antibakteria.
  3. Meletakkan gel atau krim yang khusus untuk meredakan ulser. Gel tersebut boleh dibeli di farmasi.
  4. Jika ulser yang dialami agak besar (melebihi dua milileter), berdarah dan tidak sembuh dalam masa tiga minggu, anda perlu mendapatkan rawatan doktor.

Ulser Mulut Menyakitkan



Rasa sakit di bahagian mulut kerana terdapat satu tompokan putih. Tompok-tompok ini dinamakan ulser mulut. Ulser mulut terjadi apabbila terdapat sejenis kudis di tempat-tempat yang lembut di dalam mulut kita seperti gusi, lidah dan bahagian dalam pipi. Buat pengetahuan semua, penyakit ulser mulut disebabkan oleh jangkita bakteria, virus ataupun kulat.

Punca Penyakit:
1) Sering mengambil makanan yang kurang berzat.
2) Alahan pada makanan terutama pedas dan panas.
3)Berlaku kecederaan pada lapisan nipis dalam mulut seperti terkena air panas, terkena benda tajam dan tergigit.
4) Kurang berehat dan tidur.
5) Kurang menjaga kebersihan mulut.
6) Daya tahan yang lemah akibat pengambilan ubat seperti ubat batuk atau selsema menyebabkan mulut mudah kering.
7) Penyakit-penyakit seperti SLE dan penyakit berkaitan dengan sistem penghadaman.

Tanda-tanda Ulser Mulut:
1) Terdapat tanda bulat yang berwarna putih atau kuning dan dikelilingi oleh kawasan yang merah.
2) Keluasan bentuk bulatnya tidak melebihi dua atau tiga milileter.
3) Anda akan terasa sakit dalam mulut apabila memakan makanan yang pedas dan panas.

Cara-cara Mengelak Ulser Mulut:
1) Perlu banyak meminum air suam.
2) Menjaga kebersihan dalam mulut dan gigi.
3) Amalkan waktu rehat dan tidur yang cukup.
4) Makanlah makanan yang berkhasiat.
5) Jauhi makanan yang terlalu banyak lemak.
6) Perlulah mengambil vitamin B12 dan C yang cukup.
7) Gunakan antiseptik untuk berkumur.
8) Pengambilan probiotik seperti acidophilus (terdapat dalam bentuk kapsul, atau yogurt) mungkin boleh membantu.

Rawatan
Jika anda mendapati sudah terkena ulser mulut, anda perlu melakukan perkara-perkara seperti berikut:

  1. Mungkin ibu akan meletakkan garam di tempat tersebut, tetapi sebenarnya kaedah ini akan menimbulkan rasa pedih di tempat tersebut. Sebaik-baiknya letakkan sedikit ais untuk meredakan sakit.
  2. Anda boleh berkumur dengan air suam yang dicampurkan garam. Selain itu, boleh berkumur dengan ubat kumur antibakteria.
  3. Meletakkan gel atau krim yang khusus untuk meredakan ulser. Gel tersebut boleh dibeli di farmasi.
  4. Jika ulser yang dialami agak besar (melebihi dua milileter), berdarah dan tidak sembuh dalam masa tiga minggu, anda perlu mendapatkan rawatan doktor.

TAHUKAH KAMU?

1)   Adakah ikan tidur?
Jawapan:
Buat pengetahuan semua, sebenarnya ikan tidur seperti kita. Cuma ikan tidur dalam keadaan mata terbuka kerana tidak mempunyai kelopak mata. Cara ikan tidur ada pelbagai cara dan antaranya ialah berbaring di dasar laut, menanamkan dirinya didalam pasir atau lumpur, tidur di celah-celah rekahan batu dan tidur di celah-celah gumpalan rumpai laut. 

2)   Dari manakah warna didapati?
Jawapan:
Dunia kita dipenuhi oleh warna-warni. Warna-warna pelangi paling indah. Sebenarnya warna didapati dari cahaya putih matahari yang mempunyai semua warna pelangi. Buat pengetahuan semua, kita boleh melihat warna pelangi ini dengan menggunakan spektrum nampak. Melaluinya barulah kita dapat melihat warna-warna pelangi yang indah ini. Selain itu, warna boleh didapati daripada alam semula jadi seperti batu-batuan, tanah-tanih, abu dan arang kayu juga.
  
3)   Apakah itu buruj?
Jawapan:
Sekali imbas, titik cahaya berkerdipan di langit pada waktu malam sama sahaja. Bintang-bintang berkerdipan terang di langit membentuk pelbagai corak yang berlainan. Corak-corak ini disebut buruj. 

4)   Apakah kepentingan buruj dalam kehidupan kita?
Jawapan:
Kepentingan buruj untuk menjadi panduan bagi mengetahui kedudukan tempat di langit. Di samping itu, terdapat beberapa buruj menentukan arah. Contohnya buruj biduk sentiasa menunjukkan ke arah utara. Buruj pari pula menunjukkan ke arah selatan. Panduan ini penting kepada pengembara atau pelayar pada zaman dahulu. Ahli astronomi menggunakan sistem yang terdiri daripada 88 buruj dan 12 daripadanya digolongkan dalam kumpulan yang dikenali sebagai zodiak. Zodiak menjadi latar belakang tempat planet, bulan, dan matahari beredar. 

5)   Apakah itu cahaya?
Jawapan:
Cahaya ialah sinaran yang bergerak amat laju sekali. Cahaya bergerak menerusi ruang udara pada kelajuan 300 000 kilometer per saat. Cahaya merupakan tenaga dalam bentuk gelombang. Cahaya datangnya dari matahari, lampu elektrik, benda panas, benda terbakar dan sebagainya. Matahari merupakan cahaya utama. Cahaya bergerak menembusi bahan lut sinat seperti kaca dan air, tetapi terhalang daripada bahan pejal lalu memantulkan cahaya. Cahaya amat diperlukan dalam kehidupan kita seharian. Tumbuh-tumbuhan hijau memerlukan cahaya untuk memproses makanan dan menjadi sumber makanan kepada manusia dan haiwan. Ini secara tidak langsung membentuk rantaian makanan. Tanpa cahaya, kita tidak dapat melakukan apa-apa.

MITOS BERKENAAN RAMBUT



  •  Memotong rambut secara teratur akan mempercepatkan pertumbuhan rambut. Tetapi faktanya rambut tumbuh setengah inci setiap bulan sama ada dipotong atau tidak. Rambut memang tumbuh lebih cepat pasa musim panas.
  • Stres menyebabkan keguguran rambut. Tetapi faktanya rambut gugur sepanjang masa antara 50 sehingga 120 helai sehari. Mungkin rambut gugur lebih banyak semasa mengalami tekanan berat seperti perceraian dan kehilangan pekerjaan.
  • Apabila mencabut uban, tempat yang sama itu akan tumbuh 3 atau 4 rambut lain. Fakta sebenarnya, mencabut uban adalah perbuatan buruk. Akar rambut akan rosak dan menyebabkan luka pada bekas cabutan.
  • Anda tidak dapat menjadikan rambut lurus secara keseluruhan. Fakta sebenarnya, penggunaan 5 minit dengan menggunakan pelurus rambut sudah cukup menjadikan rambut lurus berkilau.
  • Bagi mendapatkan rambut yang bersih, anda harus melakukan langkah ramas, bilas dan ulangi sekali lagi. Fakta yang sebenarnya, cukup diramas dan bilas, tanpa perlu diulangi kembali.
  • Mencucui rambut dengan air sejuk setelah bersyampu dapat menjadikan rambut lebih bersinar. Fakta yang sebenarnya, air sejuk menjadikan anda segar tetapi tidak terkesan pada kilauan rambut.
  • Mewarnakan rambut akan menyebabkan kerosakan. Fakta yang sebenarnya produk pewarnaan cukup lembut dan tidak akan merosakkan rambut. Tetapi sekiranya pertama kali mahu melakukannya, anda perlu dapatkan nasihat daripada pakar.
  • Rambut bercadang dapat diatasi dengan produk yang tepat. Fakta yang sebenarnya, sekali bercadang, akan tetap seperti itu. Kecuali anda memotong rambut anda.

Tuesday, November 2, 2010

KELEBIHAN MENGUCAPKAN SALAM


  Islam Menitikberatkan persaudaraan ummah
Mengucapkan salam, “assalamualaikum” sesama orang Islam antara amalan yang sangat dituntut serta mendapat ganjaran pahala yang besar di sisi Allah SWT. Ucapan ini lebih tepat digunakan oleh orang Islam berbanding dengan menyebut, “Helo, hai, selamat pagi, selamat petang atau selamat malam.”
            Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Hak seorang Muslim atas saudaranya yang Muslim ada enam iaitu apabila kamu bertemu dengannya ucapkanlah salam.” (Hadis riwayat Muslim).
            Ketika mengunjungi rumah sanak-saudara atau rakan, mulakan dengan memberikan salam dan kemudian barulah mengetuk pintu rumah. Firman Allah:
“Hai orang-orang yang beriman. Janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberikan salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagimu agar kamu (selalu) beringat.”  (An-Nur:27)
            Ucapan salam merupakan doa yang juga menjadi inti ibadah. Sesiapa yang berdoa diberikan pahala oleh Allah SWT. Ucapan salam juga merupakan sunah Rasulullah SAW dan malaikat. Abu Hurairah r.a meriwayatkan Nabi SAW pernah bersabda, “Tatkala Allah menciptakan Nabi Adam, Dia berfirman, “Pergilah! Ucapkanlah salam kepada para malaikat yang sedang duduk. Lalu perhatikanlah apa-apa yang mereka jawab, sesungguhnya jawapan (malaikat) ialah salammu (penghormatan) dan anak keturunanmu. Maka Nabi Adam berkata, “Assalamualaikum” lalu mereka (malaikat) menjawab, “Assalamualaikawa rahmatullah”. Mereka menambah “Warahmatullah.” (Muttafaq’alaih)
            ‘Abdullah bin ‘Amru bin al’Ash r.a meriwayatkan bahawa seorang lelaki pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, “Ajaran Islam yang manakah paling baik?” Baginda menjawab, “Kamu memberi makan (orang yang memerlukannnya), dan kamu mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan tidak kamu kenal.” (Muttafaq’alaih)
            Sesorang yang mengucapkan salam kepada saudaranya bererti dia mendoakan saudaranya supaya Allah menyelamatkannya daripada segala musibah seperti dijauhkan daripada penyakit berbahaya, kejahatan manusia, seksaan api neraka dan sebagainya.
            Ucapan salam mencerminkan keharmonian hidup kaum Musilimin. Mereka saling mendoakan antara mereka sehingga Allah menerbitkan rasa cinta dan kasih sayang antara mereka.
            Ucapan salam mengeratkan ukhuwah Islamiah yang sudah lama terputus. Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Tidaklah kamu masuk syurga sampai kamu beriman. Tidaklah kamu beriman sampai kamu saling mencintai. Mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu. Apabila kamu melakukannya nescaya kamu saling mencintai. Sebarkanlah salam antara kamu.” (Hadis riwayat Muslim).
            Alangkah ruginya sekiranya orang Islam enggan mengucapkan salam sesama mereka. Keadaan ini menunjukkan mereka menolak pahala Allah yang disajikan secara percuma tanpa perlu bersusah payah mendapatkannya.

(Petikan rencana agama daripada HASHBIHA, Dewan Masyarakat, Jun 2008)

You might also like:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget