Jawapan:
Buat pengetahuan semua, sebenarnya ikan tidur seperti kita. Cuma ikan tidur dalam keadaan mata terbuka kerana tidak mempunyai kelopak mata. Cara ikan tidur ada pelbagai cara dan antaranya ialah berbaring di dasar laut, menanamkan dirinya didalam pasir atau lumpur, tidur di celah-celah rekahan batu dan tidur di celah-celah gumpalan rumpai laut. 2) Dari manakah warna didapati?
Jawapan:
Dunia kita dipenuhi oleh warna-warni. Warna-warna pelangi paling indah. Sebenarnya warna didapati dari cahaya putih matahari yang mempunyai semua warna pelangi. Buat pengetahuan semua, kita boleh melihat warna pelangi ini dengan menggunakan spektrum nampak. Melaluinya barulah kita dapat melihat warna-warna pelangi yang indah ini. Selain itu, warna boleh didapati daripada alam semula jadi seperti batu-batuan, tanah-tanih, abu dan arang kayu juga.
3) Apakah itu buruj?
Jawapan:
Sekali imbas, titik cahaya berkerdipan di langit pada waktu malam sama sahaja. Bintang-bintang berkerdipan terang di langit membentuk pelbagai corak yang berlainan. Corak-corak ini disebut buruj.
4) Apakah kepentingan buruj dalam kehidupan kita?
Jawapan:
Kepentingan buruj untuk menjadi panduan bagi mengetahui kedudukan tempat di langit. Di samping itu, terdapat beberapa buruj menentukan arah. Contohnya buruj biduk sentiasa menunjukkan ke arah utara. Buruj pari pula menunjukkan ke arah selatan. Panduan ini penting kepada pengembara atau pelayar pada zaman dahulu. Ahli astronomi menggunakan sistem yang terdiri daripada 88 buruj dan 12 daripadanya digolongkan dalam kumpulan yang dikenali sebagai zodiak. Zodiak menjadi latar belakang tempat planet, bulan, dan matahari beredar.
5) Apakah itu cahaya?
Jawapan:
Cahaya ialah sinaran yang bergerak amat laju sekali. Cahaya bergerak menerusi ruang udara pada kelajuan 300 000 kilometer per saat. Cahaya merupakan tenaga dalam bentuk gelombang. Cahaya datangnya dari matahari, lampu elektrik, benda panas, benda terbakar dan sebagainya. Matahari merupakan cahaya utama. Cahaya bergerak menembusi bahan lut sinat seperti kaca dan air, tetapi terhalang daripada bahan pejal lalu memantulkan cahaya. Cahaya amat diperlukan dalam kehidupan kita seharian. Tumbuh-tumbuhan hijau memerlukan cahaya untuk memproses makanan dan menjadi sumber makanan kepada manusia dan haiwan. Ini secara tidak langsung membentuk rantaian makanan. Tanpa cahaya, kita tidak dapat melakukan apa-apa.
No comments:
Post a Comment